Tuesday, June 23, 2009

Keriangan Pemimpin PAS selepas menolak gagasan UG yg Memecah belahkan parti dan barisan PR.....



















Saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada TGNA atas ketegasan beliau menangani persoalan ini sehingga tertolak gagasan UG secara rasminya. Semoga tidak akan timbul lagi, dalam apa-apa bentuk sekalipun, samada ucapan atau tulisan (lebih-lebih lagi dalam Harakah), secara terus terang atau sindiran, cadangan berbau UG atau apa-apa gagasan yang ‘sebauan’ dengannya.

Saya yakin, sekiranya timbul lagi isu yang seperti ini, maka ketegasan yang sama akan terus ditunjukkan oleh TGNA dan saya, sekali lagi, atas terus bersama TGNA dalam hal ini. Sepuluh (sekarang dah 17) budak hitam ke, budak nakal ke, pendirian saya tetap dan tegas, semenjak 10 Mac hinggalah sekarang, UMNO perlu ditumbangkan dan PAS harus bersedia menggantikannya! Bukan bersamanya!Walaupun melalui gagasan UG.

Setelah Ust Nasha meminta maaf, maka dimaafkan TGNA dan TGNA menarik balik kenyataan awal meminta Ust Nasha meletak jawatan. Media UMNO memberi gambaran TGNA yang meminta maaf! Begitulah jahatnya mereka dan itulah sebabnya tidak boleh walaupun ‘terlintas’ dipemikiran ahli dan penyokong PAS, ide ingin bersama dengan mereka. Anggap sahaja ide tersebut sebagai bisikan syaitan dan baca “a’udzubiLlah….” seberapa segera.

Ada yang meminta saya minta maaf kepada orang ini dan orang itu. Maaf, saya tak nampak apa yang telah saya nyatakan yang perlu saya meminta maaf. Ada yang mengatakan saya mengherdik TGHH dan PAS Terengganu! Saya tak ingat saya mengherdik TGHH atau PAS Terengganu. Kalau ada, harap kemukakan dan saya akan meminta maaf sekiranya benar saya ‘mengherdik’ mereka. Harap jangan keliru kenyataan pengunjung dan kenyataan saya. Kenyataan pengunjung blog mengherdik saya pun ada, boleh tahan juga banyaknya! Setakat ini saya tidak menghalang sesiapa memberi komen atau teguran.

Setahu saya, yang saya ingat, saya tegur konsep UG dan bagaimana ianya kurang bijak dan bercanggah dengan keputusan muktamar. Saya menegaskan bahawa ia perlu ditolak oleh PAS. Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga doa saya.

Mereka yang mempertahankan konsep ini dulu, harap ‘op’! Mungkin benar ianya ‘futuristik’, ‘ultra-pintar’ dan sebagainya sehinggakan yang “menyokong pun tak faham dan yang menentang pun tak faham”, tetapi hakikatnya ianya ditolak dan tidak pernah menjadi agenda PAS. ‘op’ lah. Cukup.

Dalam soal minta maaf ini, saya juga ingin mencadangkan supaya mereka yang pernah menjawab apabila ditanya wartawan bahawa kenyataan TGNA adalah “pandangan peribadi beliau. TGNA bukan PAS” dan sebagainya, untuk meminta maaf secara terbuka sepertimana kenyataan-kenyataan ini juga telah tersiar secara terbuka. Ini pasti akan membantu mereka diterima semula oleh ahli dan penyokong PAS dan PR di kawasan mereka sendiri. Saya memberi nasihat ini secara ikhlas untuk kebaikan mereka sndiri.

Sekali lagi saya ucapkan, bagi pihak ahli PAS di seluruh dunia, “terima kasih TGNA”. Semoga terus dengan ketegasan Tok Guru, insyaAllah kami akan sentiasa bersama.

WaLlahu ‘Alam

KHALID SAMAD

Blog Archive