Thursday, March 25, 2010
Pilihanraya Kecil Hulu SELangor..
Assalamualaikum sahabat-sahabat ku sekalian..
sudah lama ana tidak update blog ini...
tiba-tiba malam ini ana rase mahu menulis sikit..
pertama.. ana ucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Dr. Zainal Abidin.. semuga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong diantara orang-orang yang beriman... amin..
kedua... dengan pemergian Dr. Zainal Abidin.. maknanya kerusi parlimen hulu selangor secara automatik kosong dan ini akan berlaku pilihanraya kecil..semestinya calon pkr akan diletakkan memandang penyandangnya adalah ahli pkr..
oleh itu, calon yang ana rasakan sesuai untuk bertanding dan berkhidmat kepada rakyat hulu selangor adalah calon yg saya sukai dan mempunyai banyak pengetahuan tentang ilmu agama..
iaitu tidak lain dan tidak bukan.. Ustaz Dr. Badrul Amin Bahron.. ana harap akar umbi pkr mencalonkan Ustaz Badrul Amin sebagai calon dalam PRK nanti.. ini adalah sebahagian dari pendapat ana.. insyaallah kita menang..
takbir... Allahuakbar..!!!!!! idop PR.. idop Rakyat!!!
Friday, December 11, 2009
PR Ikon Baru Malaysia!!!!!!!!
Cerita 1:
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.
Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
Cerita 2:
Anwar disenarai oleh majalah 'Foreign Policy' yang berpusat di Washington dalam edisi Disembernya baru-baru ini.
Cerita 3:
Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pada 19 Disember ini akan membuka lembaran baru yang lebih jelas, nyata dan tepat terhadap hala tuju perjuangannya yang berteraskan kesejahteraan rakyat.
Ia bakal menjadi satu titik permulaan atau langkah pertama menuju destinasi yang diuar-uarkan dengan bergerak di bawah landasan satu polisi atau ‘common policies’.
Selain mengukuhkan ikatan pakatan parti yang menjadi tunjang PR, konvensyen julung-julung kali ini akan menggariskan wawasan yang komprehensif untuk menawarkan rakyat satu tahap kepimpinan yang berkualiti dengan meletakkan rakyat sebagai ketuanan dalam perjuangan.
Seramai 1,500 delegasi kepimpinan akan menghadiri konvensyen itu yang membabitkan PAS, PKR dan DAP.
Setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim ketika ditemubual oleh Free Malaysia Today (FMT) menjelaskan konvensyen ini mengesahkan PR sebagai satu pakatan yang sahih yang diiktiraf dan memberi alternatif terbaik untuk rakyat menggantikan Barisan Nasional.
"Ini adalah konvensyen yang sulung untuk PR, muncul sebagai satu pakatan yang jitu dengan berjuang atas landasan yang digariskan untuk kepentingan rakyat," katanya .
Beliau berkata, selama ini PR hanya bergerak atas landasan yang longgar tapi mereka kini sedang berusaha keras untuk memperkukuhkan ikatan itu dengan bergerak dan bergabung di bawah ‘common policies’ yang sudah diperseutjui oleh majlis kepimpinan.
Common policies atau polisi bersama itu akan diumumkan oleh pemimpin PR pada konvensyen itu yang akan diterima pakai serta dihormati oleh parti dalam gabungan PR itu. Satu slogan khas akan dinamakan terhadap polisi itu yang akan diumumkan pada konvensyen berkenaan.
PR akan berjuang dengan satu polisi bersama dari aspek ekonomi, pembangunan insan dan demokrasi.
Salehuddin berkata, konvensyen ini juga untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa PR telah, sedang dan akan terus bekerjasama dalam perjuangan untuk rakyat.
"Parti-parti yang mendukung PR juga sudah mengatasi perbezaan yang wujud dan kami semakin hari semakin memahami hala tuju perjuangan," katanya
Beliau berkata, walaupun konvensyen itu hanya sehari tapi segala isu termasuk tiga aspek perjuangan sudah dibincangkan berbulan-bulan di pelbagai peringkat kepimpinan dan konvensyen ini adalah kemuncak persetujuan yang telah dicapai.
"Ia belum terlambat untuk semuanya ini. Polisi ini sudah dibincangkan lebih awal dan kita masih mempunyai lebih tiga tahun lagi sebelum PRU13 untuk memberikan satu tahap kepimpinan yang berkualiti, telus semata-mata untuk kesejahteraan rakyat. Malah sebelum ini pun kita telah bergerak bersama tapi konvensyen ini akan mengukuhkan pegang perjuangan," katanya.
Bagaimanapun, Salehudin menjelaskan PR tidak perlu gopoh untuk menjadi seperti BN. PR sedang berusaha menuju ke arah itu.
"Sudah tentu kita berusaha keras tapi kita tidak mahu mengambil jalan singkat dengan mengenepikan beberapa realiti.
"PR sudah bersama lebih setahun melalui pelbagai cabaran dan masalah apatah lagi percubaan memecahbelahkannya. PR sudah bersedia mengambil pendekatan yang proaktif untuk mengenepikan sebarang perbezaan yang wujud.
"Kami sudah mula duduk berbincang untuk mengatasi perbezaan-perbezaan yang ada. Kami mungkin belum lagi menemui solusinya tapi kami sudah memulakannya," katanya.
Beliau berharap perwakilan yang menghadiri konvensyen ini akan melihat PR dalam skop yang lebih besar serta arah tujunya. Bila mereka balik, mereka akan dapat memaklumkannya kepada pemimpin dan pengikut peringkat akar umbi akan situasi dan perkembangan terbaru ini.
“Kita tidak mahu mengatakan, segala masalah akan dapat diselesaikan selepas konvensyen ini. Tapi kita sedang menuju ke arah pembentukan perpaduan yang sejati di bawah satyu pakatan pelbagai parti yang berhak dinikmati negara ini.
"Saya juga tidak nafikan, akan ada pelbagai maklum balas yang pro dan kontra apabila perbincangan konvensyen ini disampaikan ke peringkat bawah tapi sekiranya semua peringkat sudah memahami perkara yang kita setuju dan tidak setuju serta pentingnya kerjasama, kita akan mampu mempunyai satu pakatan atau gabungan yang kekal.
Semua media dan blogger sama ada yang pro PRK atau tidak akan dijemput membuat liputan konvensyen ini. -FMT
sah da la..PR nanti akan lebih mengganas..menguburkan BN...gandingan Tuan Guru Nik Aziz dan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan membuatkan rakyat memilih PR bkn lagi BN.....
Dato' Seri Anwar Ibrahim-Pengerusi PR.....
Tuan Guru Nik Aziz-Penasihat PR..
alahai masyuknyer..
Geng-geng UG..boleh bla bersame BN.!!!!!!!!
Sunday, November 22, 2009
Gabungan Parti Pakatan Rakyat Idaman Saya!!!!!!
Tuesday, November 17, 2009
Mencari Konklusi...
Jawatankuasa pusat (CC) MCA - selepas mengadakan undian - menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November, manakala sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai digugur daripada majlis presiden.
Jawatankuasa itu memutuskan EGM yang dicadangkan itu, dan resolusinya untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan parti.
Keputusan untuk menolak EGM itu dibuat selepas undian dijalankan di mana 23 anggota CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali.
Cadangan untuk mengadakan EGM itu dibuat oleh kumpulan yang menyokong Datuk Seri Liow Tiong lai. Mereka menentang pelan damai Ong dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Mesyuarat CC itu juga memutuskan untuk merombak semula majlis presiden, dengan menggugurkan penyokong setia Liow - Datuk Wee Ka Siong dan ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Mereka adalah antara sembilan penyokong Liow yang digugurkan daripada menganggotai majlis presiden.
Kini hanya tinggal Liow sahaja tanpa seorang pun penyokongnya, yang menganggotai majlis tersebut.
Manakala empat daripada pengganti mereka adalah terdiri daripada penyokong Ong dan Chua.
Dalam reaksinya, Liow berkata beliau kecewa dengan keputusan parti menggugurkan penyokongnya daripada menganggotai majlis presiden.mca..mca...mca..x habis-habis lagi dgn masalah....cara nk settlekan...
senang cerita.......egm xnk...liow tiong lai...wjar keluar dari mca.........
sebab2??? kerana mca nmpk sgt tidak mmerlukan liow dan pengikutnya......
dan mca juga mngugurkan org liow dlm majlis presiden.....
liow....sertailah pembangkang......next destinations DAP atau PKR.......
jadikan medan baru untuk perjuangkan politik dan mnjaga rakyat..........
PR adalah platform terbaik dlam dunia politik Malaysia sekarang....
Calon pilihan ana bagi PRK DUN Kota Seputeh..
calon yg menepati citarasa untuk mewakili PR-PAs di kerusi tersebut bagi ana ialah Ustz. Taib Azamudden Md Taib..
bgi ana la,Taib Azamudden pengaruhnya kuat di Kedah.......
ia juga calon yg di sukai rakyat dan juga berpengalaman luas dlm bidang politik di pelbagai peringkat...disamping itu mmpunyai byk jasa yg dikenang oleh penduduk Baling....beliau juga merangkap ahli parlimen Baling........
jika pemilihan beliau di tentang..
sebab apa?????
lagipon, ramai ahli parlimen seperti beliau juga memegang kerusi DUN seperti Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan juga ramai lagi......
faktor calon juga penting..kita mesti mmpertengahkan calon yg popular seperti beliau......
bagi mmenangi kerusi DUN Kota Seputeh ini.......
ini hanya pandangan peribadi ana la untuk isu calon,semua keputusan terletak di tgn Presiden PAS.........
oleh itu...PR bersiap siaga la..
lancarkan jentera parti dengan secepat mungkin.....
KeKAlkan PR untuk KEdah!!!!!!!!!!!!
Wednesday, November 11, 2009
Sesiapa YG Terasa ??????
Sesiapa yg rasa dirinya terlibat dengan rasuah ataupon politik wang,boleh la segera letak jawatan sebelum anda didakwa........xkire ahli politik pembangkang ataupon kerajaan.........Dan SPRM,mainkan peranan...jgn jadi mangkuk hayun kerajaan aja...
Ini untuk mnjamin kesejahteraan bersame.......
Katakan tidak untok rasuah!!!!!!!!!!!!!