Thursday, April 2, 2009

BN hina budaya kaum CINA??? Malukan org Islam??

Memalukan!!!! Itu komen saya ketika membaca laporan Malaysiakini bahawa BN berkempen menggunakan gadis seksi berpakaian menjolok mata. Lebih memalukan majlis nyanyian dengan penyanyi seksi itu diadakan semasa Menteri 'Agama', Ahmad Zahid Hamidi hadir. Jelas inilah Islam yang cuba di bawa oleh Zahid dan BN iaitu tidak mengenal halal haram.

Ini tidak menjadi suatu kesalahan bagi Islam Hadhari kerana nyanyian dengan penyanyi berpakaian menjolok mata sebegini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Mungkin dalam Islam Hadhari program nyanyian dengan pakaian begitu akan mendapat pahala. Sebab itu Menteri 'Agama' pun hadir dalam program itu.

Lebih mengejutkan Zahid cuba memberikan alasan bahawa nyanyian dengan penyanyi menjolok mata adalah sebahagian daripada budaya Cina.

Betulkah apa yang dikata oleh Zahid ini. Adakah kebudayaan orang Cina suka penyanyi seksi dan pakaian menjolok begini.? Setahu saya kebanyakan pakaian tardisi dan kebudayaan Cina tidak menjolok mata seperti itu. Malah kebanyakan penyanyi dan pelakon opera Cina memakai pakaian ala Kimono Jepun dengan menutup seluruh tubuh mereka.
Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina." Laporan ini disiarkan dalam Malaysiakini hari ini.
Program nyanyian tersebut diadakan ketika Zahid berkempen pama Majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang malam tadi.


ana harap jentera PAS dapat menyebarkan pekong BN ini yg jelas terpesong dan membawa ajaran sesat dengan menghalalkan program maksiat sebegini......
hiDup PR.....takbir......ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment