Wednesday, May 27, 2009

Asas Penubuhan KeADILan, Pakatan, UMNO dan BN....

Ramai puak kong kali kong dari bani UMNO yang bukan sahaja tidak faham asas penubuhan Parti KeADILan Rakyat dan Pakatan Rakyat, malahan mereka juga tidak faham dan tidak tahu asas penubuhan UMNO dan Barisan Nasional.

Maka saya ringkaskan apakah maksud sehingga tertubuhnya Parti KeADILan Rakyat, Pakatan Rakyat, UMNO dan Barisan Nasional.

- KeADILan - Ditubuhkan dengan maksud untuk memartabatkan rakyat melalui pentadbiran dan pemerintahan yang adil, jujur, berhemah, telus, bertanggungjawab, berwawasan serta berwibawa.

- Pakatan Rakyat - Membentuk sebuah pakatan yang berteraskan kepada kesefahaman rakyat demi kebajikan rakyat.

- UMNO - Berselindung disebalik ‘Ketuanan Melayu’ tetapi asasnya tidak berteraskan kepada kedaulatan Bangsa dan Bahasa Melayu. Nama penuh partinya juga menggunakan bahasa Inggeris, tetapi disebut dengan nada Melayu. UMNO = United Malays National Organisation. Sebenarnya singkatan UMNO adalah gabungan daripada dua bahasa, Melayu dan Inggeris. Dua huruf awal (U dan M) mewakili bahasa Melayu dan dua huruf akhir (N dan O) mewakili bahasa Inggeris. “U” - Untuk. “M” - Melayu. “NO” - Tiada. Tepatnya, maksud penubuhan UMNO adalah - “Untuk Melayu Tiada”.

- Barisan Nasional - Ini adalah gabungan parti-parti politik yang berselindung disebalik perkataan ‘Nasional’. Samalah seperti Trans Nasional. Tenaga Nasional. Bank Simpanan Nasional yang semuanya berteraskan kepada keuntungan dan kebajikan untuk para pemegang sahamnya. Barisan Nasional pula berteraskan kepada keuntungan dan kebajikan untuk pemimpinnya.

- Rumusannya - Tertipulah rakyat yang selama ini mengundi Barisan Nasional kerana yang untung hanyalah pemimpin mereka.


ape macam??

1 comment: