Sunday, May 10, 2009

PAS terima walaupon Profesional........

PAS tidak akan berpecah belah walaupun jawatan utama termasuk presiden dan timbalannya akan ditentang dalam muktamar awal bulan depan, kata bekas ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.

"Jauh sekali PAS akan berpecah. Siapa yang dipilih itulah pemimpin kita.

"Ahli PAS telah bijak. Kalau presiden dan timbalan daripada ulama, naib presiden daripada profesional.

"Tetapi kalau ahli pilih kesemuanya golongan profesional untuk jawatan presiden, timbalan dan naib preiden, kita terima juga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu itu diminta mengulas perebutan antara golongan ulama dan profesional dalam pemilihan PAS, awal bulan depan.

Antara yang hangat diperkatakan, jawatan timbalan presiden PAS yang disandang Nasharuddin Mat Isa ingin dicabar dua naib presidennya sekarang, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali - masing-masing pesuruhjaya negeri - dilaporkan turut berminat jawatan tersebut.

Harun berkata, selagi dua golongan itu saling menghormati antara satu sama lain, mereka akan menguatkan parti.

"Golongan ulama tidak memperlekeh profesional, profesional tidak memperlekehkan ulama.

"Kerana gandingan ulama dan profesional menguatkan PAS. Parti lain tidak macam ini (PAS)," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam muktamar kali ini, Harun berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan kerana mahu menunggu mesyuarat kawasan selesai.

Secara berseloroh, beliau berkata, belum ada kawasan yang mencalonkan beliau untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini.

Dalam muktamar PAS di Kota Bharu pada 2006, Harun bertanding jawatan timbalan presiden tetapi kalah kepada Nasharuddin.



AMMENO jgn main-main ngan PAS.....PAS bersatu tau......keh..keh...keh....

No comments:

Post a Comment