Monday, June 1, 2009

PAS akan hancur jika.....-TG Nik Aziz-

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan bahawa rancangan muzakarah antara PAS dan UMNO perlu dihentikan segera kerna beliau berpendapat jika ianya dijalankan akan menyebabkan parti bertunjangkan Islam itu akan berpecah. Beliau menganggap muzakarah itu hanyalah gimik semata - mata daripada UMNO yang mahu menjatuhkan PAS. "Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa telah mengadakan muzakarah dengan PAS sebanyak 3 kali dalam membincangkan isu agama dan Melayu. Nik Aziz berpendapat jika muzakarah itu dijalankan PAS akan menjadi seperti 'kera sumbang' yang tidak akan diterima oleh sekutu Pakatan Rakyat serta penyokong PAS sendiri. "Bila berlaku begini, orang PAS akan marah kepada PAS dan orang Pakatan (Rakyat) akan juga marah kepada PAS. Kiri kanan semua orang marah dan akhirnya PAS jadi kera sumbang....dengan itu saya memang tidak bersetuju diadakan muzakarah ini tetapi akan bersetuju sekiranya pertemuan itu untuk menarik Umno masuk PAS," katanya. - Malaysia Today



x serik-serik lgi ke puak-puak muzakarah & muqabalah???

No comments:

Post a Comment