Tuesday, November 17, 2009

Mencari Konklusi...


Jawatankuasa pusat (CC) MCA - selepas mengadakan undian - menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November, manakala sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai digugur daripada majlis presiden.

Jawatankuasa itu memutuskan EGM yang dicadangkan itu, dan resolusinya untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Keputusan untuk menolak EGM itu dibuat selepas undian dijalankan di mana 23 anggota CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali.

Cadangan untuk mengadakan EGM itu dibuat oleh kumpulan yang menyokong Datuk Seri Liow Tiong lai. Mereka menentang pelan damai Ong dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mesyuarat CC itu juga memutuskan untuk merombak semula majlis presiden, dengan menggugurkan penyokong setia Liow - Datuk Wee Ka Siong dan ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Mereka adalah antara sembilan penyokong Liow yang digugurkan daripada menganggotai majlis presiden.

Kini hanya tinggal Liow sahaja tanpa seorang pun penyokongnya, yang menganggotai majlis tersebut.

Manakala empat daripada pengganti mereka adalah terdiri daripada penyokong Ong dan Chua.

Dalam reaksinya, Liow berkata beliau kecewa dengan keputusan parti menggugurkan penyokongnya daripada menganggotai majlis presiden.


mca..mca...mca..x habis-habis lagi dgn masalah....cara nk settlekan...
senang cerita.......egm xnk...liow tiong lai...wjar keluar dari mca.........
sebab2??? kerana mca nmpk sgt tidak mmerlukan liow dan pengikutnya......
dan mca juga mngugurkan org liow dlm majlis presiden.....
liow....sertailah pembangkang......next destinations DAP atau PKR.......
jadikan medan baru untuk perjuangkan politik dan mnjaga rakyat..........
PR adalah platform terbaik dlam dunia politik Malaysia sekarang....

No comments:

Post a Comment