Wednesday, April 22, 2009

Jom Masuk 'U' n Matriks Education.....


1. Permohonan Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010 akan diumumkan pada 1 Mei depan.

2. Keputusan permohonan Program Matrikulasi KPM telah diumumkan pada 17 April lepas dan tarikh pendaftaran ke kolej matrikulasi KPM ialah pada 11 Mei.

3. Calon yang berjaya akan diberi pilihan sama ada untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.


4. Sebarang rayuan hendaklah melalui e-Rayuan mulai 1 Mei ini melalui laman web http://upu.mohe.gov.my

Pilihan Bagi Pelajar Ke Program Lepasan SPM/Setaraf IPTA

Pelajar yang berjaya dalam permohonan memasuki Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010 akan diberi pilihan untuk memilih satu daripada dua program yang akan ditawarkan kepada mereka.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Rabu calon yang berjaya akan diberi pilihan sama ada untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.

Menurut kenyataan itu lagi penawaran dua program itu adalah ekoran persetujuan antara KPT dengan KPM pada September tahun lepas untuk menggunapakai dasar tawaran terbuka bagi calon yang layak.

Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di bawah program itu akan diumumkan pada 1 Mei depan manakala keputusan Program Matrikulasi KPM diumumkan pada 17 April lepas dan tarikh pendaftaran ke kolej matrikulasi KPM ialah pada 11 Mei.

Sekiranya seseorang calon mendapat kedua-dua tawaran itu, calon boleh menolak satu daripada tawaran berkenaan dan jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi, nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA.

Calon yang tidak mendapat sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan mulai 1 Mei ini melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

No comments:

Post a Comment