Tuesday, April 21, 2009

Petua yg x boleh pakai......

VITAMIN D

Bernama melaporkan satu kajian dari Australia perihal pendatang Afrika serta rakyat Australia yang kekurangan vitamin D dalam darah kesan sampingan dari memakai purdah.

Jika anda berpeluang meneliti imej di bawah yang diambil dari USATODAY , anda akan dapati vitamin D boleh diperolehi dari bahan tenusu yang diperkayakan dengan vitamin D serta ikan seperti salmon dan kod.

Mungkin rakyat Australia berketurunan Afrika tidak mampu membeli makanan segar seperti susu dan ikan. Faktor ini yang mungkin menyumbang kepada kekurangan vitamin D.

Kajian menunjukkan hanya beberapa sentimeter persegi kulit sahaja yang perlu terdedah kepada cahaya matahari untuk mendapat bekalan vitamin D dari sang suria. Kekurangan ini boleh ditampung dengan pemakanan atau pil tambahan.

Di USA , 29 % kaum kulit hitam dari Afrika berbanding mereka yang datang dari Mexico yang hanya 7.5% memiliki kandungan vitamin D dalam darah yang sangat rendah. Sila rujuk jadual di bawah.

Kesimpulannya, bukan pemakaian purdah punca kepada masalah kekurangan vitamin D di kalangan rakyat Australia atau sesiapa jua tetapi banyak faktor lain yang perlu diambilkira.

No comments:

Post a Comment