Saturday, May 30, 2009

Selamat Mengundi Penduduk Penanti.............

kepada seluruh warga penduduk penanti...lakukan tanggungjawab anda dengan betul.....pilih calon yg mampu membawa perubahan kepada penanti...........undilah calon pkr.....dr. mansor othman....
selamat mengundi dari abekambean.......................

Dua Jalan ke PUTRAJAYA!!!!!!!!!!!!!!!

Belajar Dari Bukit Gantang

Pilihanraya Kecil Bukit Gantang memberi satu pengajaran penting kepada PAS. Jika ahli-ahli dan pimpinan PAS mahu melihatnya secara matematik. PRK Bukit Gantang adalah satu manifestasi dan prelude kepada apa yang boleh berlaku di 6 buah konstituensi Parlimen yang PAS telah tewas teruk dalam PRU 12 yang lalu.

Di enam konstituensi ini PAS telah tewas dengan perbezaan peratusan undi di antara 30% hingga ke 45% undi. Iaitu majoriti undi diantara 11,500 undi hingga 20,500 undi.

6 konstituensi Parlimen di atas ialah,

  • P161 Pulai (Johor)
  • P147 Parit Sulong (Johor)
  • P143 Pagoh (Johor)
  • P127 Jempol (Negeri Sembilan)
  • P133 Tampin (Negeri Sembilan)
  • P126 Jelebu (Negeri Sembilan)

Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika mengulas analisa undi dari PRK Bukit Gantang di blognya menulis,

“Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi.”

Khir Toyo juga membuat kesimpulan,

“Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.”

Secara lebih komprehensif, analisa yang dibuat oleh Khir Toyo daripada PRK Bukit Gantang ialah,

  • PAS menerima lebih kurang 9,500 undi Melayu atau 35% dari jumlah keseluruhan undi Melayu.
  • PAS menerima lebih kurang 9,500 undi Cina atau 85% dari jumlah keseluruhan undi Melayu.
  • PAS juga menguasai sebahagian besar undi India.

Khir Toyo juga membesar-besarkan kemerosotan undi Melayu yang PAS terima dalam PRK itu berbanding dengan PRU 12. Bagaimanapun YB Dato’ Wan Abdul Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga veteran PAS merasakan kemerosotan undi Melayu itu adalah kurang tepat.

Selepas PRU 12, PAS bertanding di dalam 2 pilihanraya kecil Parlimen iaitu di Kuala Terengganu yang mempunyai 11% pengundi cina dan di Bukit Gantang yang mempunyai 27% pengundi cina. PAS berjaya merampas semula Kuala Terengganu dari BN dan mempertahankan Bukit Gantang dengan undi majoriti yang meningkat.

Muhyiddin Yassin Tumpas Di Pagoh

Jika momentum di Bukit Gantang dapat dikekalkan dan sokongan masyarakat bukan Melayu dan terus dipertingkatkan oleh PAS, ia memberi peluang yang cerah untuk PAS merampas 6 konstituensi yang sebelum ini PAS tewas besar.

6 Konstitensi ini ditandingi oleh UMNO bagi pihak BN. Bagaimanapun ke enam-enam konstituensi ini memiliki pecahan pengundi seperti berikut,

  • Pulai – Melayu 50.89%. Cina 39.59%. India 9.38%
  • Parit Sulong – Melayu 73.97. Cina 26.64. India 0.35%
  • Pagoh – Melayu 62.82%. Cina 32.29%. India 4.21%.
  • Jempol – Melayu 57.29%. Cina 28.3%. India 13.7%. Lain-lain 0.5%.
  • Tampin – Jelebu 60.9%. Cina 25.2%. India 13.3%. Lain-lain 0.7%.
  • Jelebu – Melayu 64.24%. Cina 28.27%. India 6.6%. Lain-lain 0.44%.

BN menewaskan PAS di Pulai dengan majoriti sebanyak, 20,449 iaitu jumlah majoriti tewas terbesar bagi PAS di dalam 42 konstituensi Parlimen dimana PAS tewas dalm 2008.

BN mendapat 38,036 undi iaitu lebih 68% dari undi yang dibuang. PAS mendapat 17,587 undi atau 32%.

Sekiranya trend dalam PRK Bukit Gantang diikuti di Pulai iaitu,

  • BN mendapat 65% undi Melayu.
  • PAS mendapat 85% undi Cina.

Andaian pilihanraya di Pulai dalam pilihanraya akan datang dengan mengambil kira purata 75% keluar mengundi dari setiap kaum adalah seperti berikut,

  • 75% daripada 79,622 pemilih keluar mengundi.
  • 30,335 pemilih Melayu mengundi.
  • 23,648 pemilih Cina mengundi.

BN akan menerima sejumlah lebih kurang 19.718 undi Melayu dan 3,547 undi Cina.

PAS akan menerima sebanyak 10,617 undi Melayu dan 20,101 undi Cina.

Oleh yang demikian, keputusan pilihanraya akan menjadi seperti berikut,

  • BN mendapat lebih kurang 25,265 undi.
  • PAS 30,718 undi.
  • Majoriti 7,453 undi.

Jika trend ini berterusan, PAS bukan sahaja dapat menterbalikan ketewasannya dengan majoriti 20,446 undi itu kepada kemenangan, tetapi juga akan dapat menumpaskan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Pagoh dan beberapa anggota kabinet di konstituensi seperti Jelebu dan Tampin.

Dengan memantapkan komitmen kepada Pakatan Rakyat sahaja PAS akan berpeluang untuk menambahkan kendudukannya di Parlimen. Untuk melakukan ini, PAS perlu berdepan dengan UMNO dan tumpaskan UMNO di,

  • 16 konstituensi yang PAS tewas dengan majoriti undi antara 0.9% hingga 19.1% atau 300 undi hingga 5,265 undi. Untuk ini berlaku PAS memerlukan lebih kurang antara 200 ke 3,000 undi di konstituensi-konstituensi tersebut.
  • PAS perlu menewaskan UMNO BN di 6 konstituensi yang mempunyai pemilih cina yang tinggi di Negeri Sembilan dan Johor.

Untuk ini berlaku, PAS juga perlu bertapak dengan kukuh di kesemua konstituensi tersebut dengan jentera yang mendapat sokongan padu dari kepimpinan parti. Masa masih ada untuk PAS memantapkan kedudukannya di konstituensi-konstituensi tersebut tetapi bukan masa sahaja yang menjadi faktornya.

Pimpinan PAS Untuk Rakyat Malaysia

Kepimpinan PAS juga perlu agresif. PAS perlu pimpinan yang diterima dan disanjung oleh segenap lapisan masyarakat dan bukan sekadar ahli-ahli PAS sahaja.

Jalan ke Putrajaya akan bermula pada muktamar PAS minggu hadapan. Para perwakilan PAS akan berpeluang memilih satu dari dua jalan ke Putrajaya.

Jalan pertama ialah memantapkan gandingan pucuk pimpinan PAS yang diyakini oleh segenap lapisan masyarakat.

Jalan kedua ialah, memilih jalan pintas ke Putrajaya dengan memilih pimpinan yang akan membawa PAS ke Putrajaya melalui jemputan Barisan Nasional.

Jika PAS memilih jalan pertama, yang tentunya lebih sukar, PAS berpeluang untuk menjadi parti tunjang kepada orang Melayu dan seterusnya memperkasakan Islam seperti yang diingininya.

Tetapi jika PAS memilih jalan pintas, beberapa pemimpin PAS mungkin berpeluang bergelar Menteri sebelum pilihanraya akan datang, tetapi PAS akan selamanya kekal sebagai parti besar tetapi kecil pengaruhnya baik di Parlimen maupun dikalangan penduduk Melayu beragama Islam.

Rakyat Malaysia buat pertama kalinya menaruh begitu tinggi harapan kepada para perwakilan PAS yang akan bersidang dan membuat pilihan mereka.

Ini mungkin kali pertama dan mungkin juga terakhir bagi perwakilan PAS membuat pilihan yang mungkin memberi peluang kepada Presidennya untuk menerajui Kerajaan Malaysia di dalam pilihanraya akan datang.


ape macam BN??.....



Friday, May 29, 2009

Picca-picca Kegembiraan Buka Puasa Tamat Mogok...











sejuk mata bila melihat kemesraan parti-parti dalam komponen pakatan rakyat iaitu PAS,DAP dan PKR................bkn mcm BN....hancuk...lebih-lebih lagi PPP....
ade presiden HALAL dan HARAM....keh..keh..keh....

Wednesday, May 27, 2009

Asas Penubuhan KeADILan, Pakatan, UMNO dan BN....

Ramai puak kong kali kong dari bani UMNO yang bukan sahaja tidak faham asas penubuhan Parti KeADILan Rakyat dan Pakatan Rakyat, malahan mereka juga tidak faham dan tidak tahu asas penubuhan UMNO dan Barisan Nasional.

Maka saya ringkaskan apakah maksud sehingga tertubuhnya Parti KeADILan Rakyat, Pakatan Rakyat, UMNO dan Barisan Nasional.

- KeADILan - Ditubuhkan dengan maksud untuk memartabatkan rakyat melalui pentadbiran dan pemerintahan yang adil, jujur, berhemah, telus, bertanggungjawab, berwawasan serta berwibawa.

- Pakatan Rakyat - Membentuk sebuah pakatan yang berteraskan kepada kesefahaman rakyat demi kebajikan rakyat.

- UMNO - Berselindung disebalik ‘Ketuanan Melayu’ tetapi asasnya tidak berteraskan kepada kedaulatan Bangsa dan Bahasa Melayu. Nama penuh partinya juga menggunakan bahasa Inggeris, tetapi disebut dengan nada Melayu. UMNO = United Malays National Organisation. Sebenarnya singkatan UMNO adalah gabungan daripada dua bahasa, Melayu dan Inggeris. Dua huruf awal (U dan M) mewakili bahasa Melayu dan dua huruf akhir (N dan O) mewakili bahasa Inggeris. “U” - Untuk. “M” - Melayu. “NO” - Tiada. Tepatnya, maksud penubuhan UMNO adalah - “Untuk Melayu Tiada”.

- Barisan Nasional - Ini adalah gabungan parti-parti politik yang berselindung disebalik perkataan ‘Nasional’. Samalah seperti Trans Nasional. Tenaga Nasional. Bank Simpanan Nasional yang semuanya berteraskan kepada keuntungan dan kebajikan untuk para pemegang sahamnya. Barisan Nasional pula berteraskan kepada keuntungan dan kebajikan untuk pemimpinnya.

- Rumusannya - Tertipulah rakyat yang selama ini mengundi Barisan Nasional kerana yang untung hanyalah pemimpin mereka.


ape macam??

Pejuang-pejuang Demokrasi Perak di tangkap...........


Demokrasi perlu dikembalikan di Negeri Perak Darul Ridzuan. Dewan Negeri Perak harus dibubarkan dengan secepat mungkin. Biar semua wakil rakyat turun ke gelanggang pilihanraya. Rakyat perlu diberi peluang sekali lagi untuk menentukan siapakah bakal pemerintah Negeri Perak. Inilah aspirasi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Untuk itu pelbagai program dan aktiviti dianjurkan secara aman. Tetapi, polis mengunakan kekerasan untuk menghalang aktiviti-aktiviti tersebut. Selepas pelancaran program Mogok Lapar dan Puasa pada 26 Mei 2009, 8 orang wakil Rakyat ditangkap oleh polis. Mereka yang ditangkap ialah:

1) M.Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)
2) V.Sivakumar (Speaker & ADUN Tronoh)
3) Thomas Su (EXCO & ADUN Pasir Pinji)
4) Chang Li Kang (ADUN Teja)
5) Lim Pek Har (ADUN Menglembu)
6) Keshvinder Singh (ADUN Malim Nawar)
7) Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai)
8) Leong Mee Meng (ADUN Jalong)

Kesemua ahli-ahli Yang Berhornat ditangkap polis kerana perjuangan mereka menegakkan demokrasi di Perak.

Ustaz Ahmad Awang Ulamak Terbilang.......


ana di sini ingin berkata-kata sedikit tentang ustaz ahmad awang..bagi ana la...ustaz ahmad adalah seorang ulamak yg pling bagus untuk dicontohi oleh ulamak-ulamak lain...ustaz ini jugak mempunyai peribadi yg cukup mulia dan juga boleh di anggap seorang hamba allah yg 'cool' dalam sesuatu perkara....latar belakang yg baik dan mesra didalam PAS dan juga dalam gabungan PAKATAN RAKYAT......ustaz ahmad awang jugak adalah golongan dianggap neutral dalam PAS.......ditengah2 antara golongan pro muqabalah dan juga pro pakatan..sebenarnya kewujudan dua aliran ini hanya dipermainkan oleh media massa sahaja...
media BN yg mahu memecah belahkan Parti PAS....di dalam PAS,semua adalah sama,masing-masing merperjuangkan hak islam........ana harap pemilihan muktamar nanti,biar la aliran mana pon yg menang..yg penting PAS tetap sama seperti sediakala...dan bersatu menjatuhkan BN.....dan ana harap jugak...PAS dijauhkan dari membentuk kerajaan perpaduan bersama UMNO........ingat pesan Tok Guru Nik Aziz yg ana sanjungi.....jangan kita di tipu dan dipermainkan sekali lagi.........dan akhir kata ana....kekalkan la ustaz ahmad awang sebagai pesuruhjaya PAS Perak....dibawah jagaan beliau ternyata PAS dapat memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Perak ketika pilihanraya umum yg lepas sebelum rampasan kuasa yg dilakukan oleh BN..ternyata sungguh PAS Perak memerlukan seorang pemimpin seperti beliau selain dari DS Nizar Jamaluddin....assalamualaikum.....................

Anifah kene Saman!!!!!!!!!!!!!!!!!



Hari ni Anwar memfailkan saman RM100 juta terhadap Anifah yang mengatakan diriya di tawarkan jawatan Timbalan perdana Menteri sekiranya Pakatan rakyat memerintah. Saman itu di failkan pada hari ini di Mahkamah Tinggi. Klik sini untuk berita lanjut.


wowww!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! padan muka hang!!!!!!!!!!! ahahahahaahaha..
byar sman tu.................

Monday, May 25, 2009

DS Nizar bakal Pesuruhjaya PAS baru Perak????

Menurut Tok Guru Hj. Ahmad Awang, pada usia 74 tahun ketika ini beliau merasa patut berundur daripada memimpin organisasi PAS yang lebih memerlukan pemimpin pantas, dinamik dan progresif. Tok Guru adalah pemimpin paling senior (dari segi umur) yang mendapat pencalonan untuk bertanding pada muktamar Jun ini.

Bersama dengan keputusan menarik diri daripada pertandingan di peringkat PAS Pusat, Tok Guru Hj. Ahmad Awang juga memaklumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Perak yang telah diamanahkan kepadanya sejak 8 tahun lalu.

Kata Tok Guru dalam ucapannya, "Saya telah memaklumkan hal ini (melepaskan jawatan PJ) kepada Dato' Seri Presiden sebentar tadi".

"Keputusan ini bukan bermaksud saya akan meninggalkan perjuangan ini. Saya tidak akan meninggalkan kerja-kerja perjuangan PAS. Saya akan tetap bersama PAS tetapi bukan sebagai pemimpin organisasi di peringkat Pusat atau negeri. Saya akan memberikan tumpuan kepada tugasan yang telah lama saya lakukan iaitu meneruskan usaha dakwah selagi ada hayat". Demikian penjelasan Tok Guru Hj. Ahmad Awang.

Semua perwakilan yang diminta memberi komen tentang keputusan Pesuruhjaya PAS Perak itu amat mengalu-alukan keputusan yang disifatkan sebagai 'berjiwa besar' dan 'memandang jauh ke hadapan'.

Sehubungan dengan itu PAS Perak sessi 2009-2011 yang akan bermula selepas Muktamar PAS Pusat awal Jun ini akan mendapat Pesuruhjaya baru. Antara nama-nama yang memimpin PAS Perak ketika ini ialah Ustaz Hj. Abu Bakar Hussain (TPJ 1), DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin (TPJ 2), Hj. Asmuni Awi (TPJ 3), Hj. Abd Rahim Md Ariff (SU), Dr. Hj. Khairudin Dato' Hj. Abdul Malek (Bendahari), Ustaz Mohd Misbahul Munir Hj. Masduki (Ketua Penerangan) dan Ustaz Suid Din (Ketua Dewan Ulama').

Selain itu antara nama-nama yang turut dikaitkan dengan PAS Perak ketika ini ialah Dr. Mujahid Yusof (Ahli Parlimen Parit Buntar) dan Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).

Nama-nama yang paling banyak disebut untuk mengisi amanah ini ialah DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin dan Hj. Asmuni Awi.


calon yg bagus menggantikan kegemilangan ustz ahmad awang....perak akn terus maju..............dengan jagaan DS Nizar Jamaluddin...........bkn dengan mamak pangkor metallic.....

News Ternew: 8 MP ADUN Ditahan....

Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.

Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.

perak hunger strike police arrest at ipoh dap office 260509 03Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

perak hunger strike police arrest at ipoh dap office 260509 02Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.



tahan manusia selagi bleh tahan..jgn smpai rakyat mengamuk mcm kt thailand tu...bru la nk isytihar darurat......jga2....beringat2...!!!!!!!!!!!!!!!

Ibrahim Ali Katak Pemimipin yg Bachul!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiba-tiba saja bersipongang di serata negara seruan agar semua pihak akur dan menghormati keputusan mahkamah. Semua pihak diharapkan dapat menerima hakikat yang diputuskan institusi kehakiman itu, sama ada memihak kepada mereka atau sebaliknya.

Serentak itu juga pihak yang tidak menang diingatkan agar jangan terus berusaha memanjangkan isu yang mereka anggap telah selesai. Kata mereka, rakyat sudah bosan melihat pertikaian ini. Kini, akhirnya telah terbukti dan telah sah siapa betul dan siapa salah.

Itulah gambaran betapa hipokritnya mereka ini, bukan? Isu dimaksudkan ialah pertikaian mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah. Mereka itu pula ialah para pemimpin dan pendokong Barisan Nasional (BN).

Kenyataan mereka dalam nada itu hanya tingkah-meningkah setelah keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Jumaat (22 Mei) memihak kepada BN.

Sedangkan seruan dan sikap serupa tidak mereka pamerkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, 11 Mei lalu. Mengapa ketika itu tidak dikatakan kebenaran telah terbukti dan semua pihak jangan lagi memanjangkan itu tersebut?

Sebaliknya, BN selaku pihak yang kalah tidak bertangguh untuk membantah keputusan tersebut. Mereka tidak mengambil masa walau 24 jam untuk mendapatkan perintah mahkamah menghalang pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Hanya sempat beberapa jam menyambung tugas rasminya sebagai Menteri Besar, Nizar terus diperintahkan meninggalkan pejabatnya.

Dalam kenyataannya menyambut keputusan Mahkamah Tinggi, Nizar bertekad menghadap Sultan Perak bagi mempersembahkan permohonan perkenan Baginda agar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan. Perjuangan Pakatan Rakyat, jelasnya, tidak akan selesai hanya setakat keputusan mahkamah. Kemelut politik Perak hanya dapat diakhiri dengan memulangkan kembali hak memilih kerajaan kepada rakyatnya.

Malangnya, hasrat yang disuara dan didambakan pelbagai pihak itu gagal dihayati BN. Mereka tidak bersdia menerima penyelesaian itu. Sebaliknya terbukti mereka lah yang memanjangkan pertikaian tersebut ke Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, Jumaat lalu memutuskan menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ia sekali gus menidakkan segala hujah dan pandangan Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim yang memihak Nizar.

Kini, apabila Nizar dan pasukan peguamnya berura-ura memfailkan rayuan atas keputusan itu ke Mahkamah Persekutuan, ada pula pihak yang menuduh mereka sengaja memanjangkan isu tersebut. Mereka mendakwa isu telah selesai dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Kata mereka, Nizar dan Pakatan Rakyat perlu akur bahawa BN memang berhak ke atas kerajaan Perak.

Di masa sama ada pula pihak yang melabelkan Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai hipokrit. Orang itu tidak lain daripada Dato' Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tiket PAS, tetapi kini secara terbuka 'melompat' ke pangkuan BN.

"Apa lagi yang nak bising-bising apabila mahkamah telah membuat keputusan dan kalau mereka yakin sangat rakyat Perak mengundi mereka, tunggu sahaja pilihan raya umum akan datang," katanya, sepertimana dipetik akhbar mingguan, Ahad (24 Mei).

Tadi sudah dijelaskan bahawa sikap dan pendirian Pakatan Rakyat dalam mendesak Dun Perak dibubarkan bukan satu hipokrasi. Ia telah disuarakan sedari awal krisis politik negeri itu dicetuskan BN, awal Februari lalu. Sikap dan pendirian itu juga kekal dipegang Pakatan Rakyat hingga ke saat ini. Justeru, apa yang hipokritnya pada desakan itu?

Sedangkan yang lebih layak disifatkan hipokrit ialah BN dan Ibrahim sendiri. Selain sikap yang ketara berbeza dalam menerima keputusan dua mahkamah, mereka juga tidak konsisten dengan keyakinan terhadap sokongan rakyat.

Mereka mendakwa kononnya rakyat sudah bosan dengan karenah dan sikap gila kuasa Pakatan Rakyat, bagi menggambarkan kononnya rakyat sudah bulat dan sepakat di belakang BN. Malangnya, apabila didesak memberi peluang kepada rakyat menentukan hakikat itu, mereka bermati-matian pula mengelaknya. Bukankah itu juga hipokrit?

Ibrahim Ali sendiri memang diketahui sangat takut untuk berhadapan dengan perhitungan rakyat Pasir Mas. Beliau telah dicabar mengenai perkara itu dan telah menzahirkan sifat hipokritnya. Apakah layak orang seumpama itu melabelkan orang lain sebagai hipokrit?


agak-agaknya si katak ni..bila pilihan raya umum nnti...da jdi katak betol2 da...bukan katak jadian da...kerana disumpah oleh mereka yg dikhianati oleh si katak kembong ini....dasar hipokrit.....

Senarai Penuh Calon-calon yg Bertanding Muktamar Agung PAS...


selamat bertanding para pejuang...penegak kebenaran..yg penting sekali..PAS bebas politik wang dalam pemilihan ini..
amin........................

Sunday, May 24, 2009

Kayveas di tendang Murugiah..............



MURUGIAH PEMIMPIN BARU PPP –mkini

Kemelut yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP) semakin parah apabila perhimpunan anggota PPP di Putrajaya hari ini melantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator T Murugiah sebagai Presiden PPP.

Kira-kira 1,000 orang menghadiri perjumpaan tersebut di pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya pagi. Murugiah juga hadir.



kepada yg ditendang..gunalah kuasa mahkamah...
kan mahkamah ada..
keh..keh..keh.....

Undilah Calon PKR(PR) DR. Mansor Othman DUN Penanti.........

Bubar DUN segera!!!!!!!!!!!!!!!!!!

asku...sorry lame x update....
ada byk kerja ..
keh..keh..
1 sahaja...
cara nk settlekan krisis politik perak..
bubar DUN aja...
kembalikan hak rakyat...

Tuesday, May 12, 2009

Ku Mohon Sultan Bubar DUN Perak............

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Perak boleh terus dibubarkan atas permintaan Menteri Besar Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Mengulas tentang tindakan Dato Seri Dr Zambry Kadir membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan pagi 12 Mei lalu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sehari sebelum itu, mempertegaskan kuasa membubar dewan terletak di tangan sultan dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya serta tidak ada peruntukan undang-undang untuk membolehkan permohonan injuksi umpamanya.

Apa pun yang dilakukan oleh Zambry atau Mahkamah Rayuan, kuasa membubar dewan tidak boleh disekat atau dihalang oleh mahkamah.

Mahkamah Tinggi telah memberi sedikit laluan semalam (11 Mei) dan terpulang kepada istana untuk memainkan peranan bagi menyelamatkan negeri Perak dari terus dilanda krisis sejak 5 Februari lalu hanya melalui pembubaran semua masalah akan selesai.

Kerajaan yang sah dan tidak was-was dapat dibentuk, istana dapat bebas dari pelbagai tuduhan dan prasangka dan rakyat gembira kerana negeri bebas dari suasana keliru dan tidak menentu

Satu-satunya cara menyelesaikan krisis politik Perak yang makin kusut dan mengelirukan ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak supaya rakyat dapat memberi keputusan.

Pandangan yang sama juga diberikan oleh Tan Sri Abu Talib Othman, Pengerusi Suhakam. Abu Talib adalah bekas Peguam Negara (1988-1994). Selain Abu Talib, Presiden Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh juga berpandangan demikian. Semalam, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga menyeru Sultan Perak membubarkan DUN.

Di dalam keadaan sekarang sultan boleh bertindak membubarkan DUN mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Di bawah peruntukan ini sultan tidak perlukan permohonan dari menteri besar dalam membubarkan DUN. Saya berpendapat di bawah Perkara 36(2) ini sultan boleh menggunakan apa yang dipanggil kuasa simpanan (reserve powers). Ini amat kritikal kerana jika tidak keadaan akan makin runcing dan mengelirukan,

Pakar perlembagaan itu menegaskan kuasa sultan membubar dewan dalam keadaan sekarang tidak bergantung kepada kedudukan Dato Seri Nizar atau Dato Seri Dr Zambry. Orang ramai tidak bersetuju dengan hujah peguam Zambry yang seolah-olah melihat kuasa sultan membubar DUN terikat atau tergantung kepada kedudukan Zambry.

Kuasa sultan adalah kuasa budibicara dan tidak tertakluk kepada kepentingan sesiapa. Yang penting di sini ialah suasana dan kestabilan di dalam negeri.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun menerima hujah peguam Zambry. Saya berpendapat di sisi undang-undang tidak ada siapa yang boleh menghalang atau memohon injunksi menyekat keputusan sultan membubarkan DUN.

Sebab itu benar seperti kata ramai penganalisis bahawa bola berada di gelanggang sultan; maksudnya sultan perlu bertindak menyelamatkan negeri dan jangan dibiarkan isu ini berlarutan di mahkamah.

Sebelum ini Majlis Peguam, Abu Talib dan Dato Param Cumaraswamy menyebut bahawa mahkamah bukan tempat dan cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.



eloklah DUN dibubarkan....sesungguhnya hanya cara ini dapt menyelesaikan kemelut di perak....bersame-same kite mendoakannyer.........

Pengalaman Manis DS Nizar di Pejabat MB 6 Jam..

YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram.

Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.

Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.

Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.

Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.

Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.

Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.

Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.

Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.

Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.


ana pon rasew nk mnitiskan air mata jugak la...xpe..ssungguhnya allah bersame org yg menegakkan kebenaran......amin............

Monday, May 11, 2009

Picca-Picca Kronologi Di Mahkamah.......





sumber foto - zali skuaddunbatucaves





Sumber foto- malaysianinsider

Krisis Politik: DS Nizar Umum 6 Langkah........

-Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009...

baguih YB....usaha yg bernas....alhamdulillah.......

DS Nizar Jamaluddin MB Perak yg Sah.......

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah. Mstar.




takbir.......allahuakhbar!!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 10, 2009

MIC bukan untuk saya!!!!! -M Manoharan

Pemimpin Hindraf dan DAP yang dibebaskan Sabtu lalu - M Manoharan - hari ini menolak sebarang kemungkinan menyertai MIC.

ADUN Kota Alam Shah itu berkata beliau menolak budaya MIC.

"Malah, bila penyokong saya mahu kalung bunga selepas pembebasan saya, saya menolaknya kerana ia adalah budaya MIC," kata Manoharan yang juga seorang peguam.
"DAP mengalir dalam darah saya... saya dilahirkan untuk bersama DAP. Saya menjadi pembantu (pengerusi DAP) Karpal Singh selama 10 tahun.

"Saya tidak tahu tentang orang lain, tetapi inilah pendirian saya," katanya.

Manoharan mengulas jemputan setiausaha agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam kepada pemimpin HIndraf itu untuk menyertai parti itu.

Manoharan dan dua lagi pemimpin Hindraf, P Uthayakumar dan T Vasanthakumar dibebaskan dari tahanan di bawah ISA Sabtu lalu.

Mereka dan dua lagi pemimpin Hindraf - V Ganabatirau dan R Kenghaddharan - ditahan pada bulan Disember 2007 selepas mengadakan bantahan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Ganabatirau dan Kenghaddharan dibebaskan bulan lalu, sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Manoharan berkata, beliau mahu enam syarat pembebasannya ditarik balik serta merta.

"Sebagai wakil rakyat, kebebasan saya tidak seharusnya dibataskan," tambahnya.

Manoharan hari ini melanggar salah satu syarat tersebut apbila tidak memaklumkan kepada polis di mana dia berada.

MIC da korup kot....hehehehehhee....

Panas.......Keputusan Siapakah MB Perak yg Sah Hari Ini....

Keputusan perbicaraan kes siapakah MB Perak yang sah akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta pukul 2.30 petang ini.

Saya mengulangi pendirian, Mahkamah Malaysia dalam keadaan masih boleh dipercayai, namun janganlah kita terlalu mengharap.

Apapun keputusan pada hari ini yakinlah usaha untuk mendapatkan Perak yang kita menangngi dalam PR ke 12 tahun 2008 yang lepas akan diteruskan mengikut saluran undang-undang yang masih diperuntukkan.

ya allah ya tuhanku...berikanlah kemenangan kepada MB yg halal dan berkhidmat untuk rakyat selama ini...aminn............

Pak Samad Kiter Mohon Bubar DUN Perak....

IPOH: Sasterawan Negara A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad turut bersama-sama majoriti rakyat Perak menuntut DUN Perak dibubarkan.

Beliau mendakwa kekecohan yang berlaku dalam sidang DUN turut memperlihatkan bahawa ia memerlukan penyelesaian segera dan penyelesaiaan itu hanya melalui pembubaran DUN.

Beliau menyentuh pelbagai perkara berhubung isu yang melanda negara dan Perak semasa berucap pada majlis isu PPSMI dan isu Sidang DUN Perak di Surau Taman Meru 2B, Jelapang .

Beliau melahirkan kesalan dan kedukaan berhubung isu berkenaan.


Pak Samad menyelar UMNO/BN yang tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara dengan memperkenalkan PPSMI di sekolah-sekolah. dan terus mempertahankannya.


Pak Samad menuntut PPSMI dihapuskan

Program itu turut dihadiri Anggota Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden Teras Haji Azmi Abdul Hamid, Adun Teja Chan Lee Kang.

AMMENO...x reti bahase lgi ke??....Bubar la DUN kalau ank jantan.....huh.....!!!

PAS terima walaupon Profesional........

PAS tidak akan berpecah belah walaupun jawatan utama termasuk presiden dan timbalannya akan ditentang dalam muktamar awal bulan depan, kata bekas ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.

"Jauh sekali PAS akan berpecah. Siapa yang dipilih itulah pemimpin kita.

"Ahli PAS telah bijak. Kalau presiden dan timbalan daripada ulama, naib presiden daripada profesional.

"Tetapi kalau ahli pilih kesemuanya golongan profesional untuk jawatan presiden, timbalan dan naib preiden, kita terima juga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu itu diminta mengulas perebutan antara golongan ulama dan profesional dalam pemilihan PAS, awal bulan depan.

Antara yang hangat diperkatakan, jawatan timbalan presiden PAS yang disandang Nasharuddin Mat Isa ingin dicabar dua naib presidennya sekarang, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali - masing-masing pesuruhjaya negeri - dilaporkan turut berminat jawatan tersebut.

Harun berkata, selagi dua golongan itu saling menghormati antara satu sama lain, mereka akan menguatkan parti.

"Golongan ulama tidak memperlekeh profesional, profesional tidak memperlekehkan ulama.

"Kerana gandingan ulama dan profesional menguatkan PAS. Parti lain tidak macam ini (PAS)," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam muktamar kali ini, Harun berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan kerana mahu menunggu mesyuarat kawasan selesai.

Secara berseloroh, beliau berkata, belum ada kawasan yang mencalonkan beliau untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini.

Dalam muktamar PAS di Kota Bharu pada 2006, Harun bertanding jawatan timbalan presiden tetapi kalah kepada Nasharuddin.



AMMENO jgn main-main ngan PAS.....PAS bersatu tau......keh..keh...keh....

Happy Mothers Day...........


Happy Mother's Day Mummy!
We Love You So Much!
You're The Best In The World!
Thank You For Everything You've Done For Us!
All the Cooks, All The Laugh, All The Shoppings And All The Fights!
That's What Made Us Today!
We promise if we could, We Present You The World or Moon Or Sun.......

mum..........love u till death!!!!!!!!!!!!!!

Ceramah Hot Hot Heat Malam ini.......

Ceramah terhangat. POLITIK PERAK & PPSMI. Anjuran TERAS, PPSR. Penceramah YAB HJ NIZAR,AZMI HAMID, Dato A SAMAD SAID,peguam HANIPA MAIDIN.10 mei,9 mlm di surau tmn meru 2B,Jelapang. Sebarkan tanda sokongan.

Sasterawan Negara Berkata...........


hancur umno PR 13 nanti.....amin........

Hee Yit Fong Makhluk YG Mencemari Kemuliaan Dewan..



Tindakan Hee Yit Fong telah mencemari kemuliaan Dewan Negeri Perak. Beliau telah bertindak di luar bidang kuasa. Selagi Tuan Speaker berada dalam dewan, dialah berkuasa. Setiap orang yang berada dalam dewan mesti mengikut perintah atau arahannya. Orang lain, termasuk menteri besar tidak mempunyai kuasa memberi arahan dalam dewan itu. Inilah merupakan satu amalan pengasingan kuasa yang sangat penting dan perlu terjamin supaya demokrasi tidak dicacatkan oleh mana-mana pihak. Hee Yit Fong (yang sudah letak jawatan dan kes itu belum diselesaikan lagi di mahkamah) telah menganggap dirinya sebagai Timbalan Speaker dan terus membuat kerja-kerja Speaker di tempat duduknya.

Timbalan Speaker yang sah pun tidak ada kuasa untuk mengambil alih tugas Speaker selagi Tuan Speaker masih duduk di tempatnya. Apatah lagi Hee Yit Fong yang penuh dengan kontroversi. Beliau terus mengisytiharkan dirinya sebagai Timbalan Speaker dan mengumumkan bahawa dia akan menggantikan Speaker bagi urusan-urusan seterusnya pada hari tersebut. Ini adalah tidak rasional. Dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Ini merupakan satu helah dalam usaha merampas kuasa speaker. Dimanakah dalam undang-undang atau Perintah-perintah Tetap yang memberi kuasa kepada beliau untuk bertindak sedemikian.

Ini merupakan tindakan salah laku beliau dalam konspirasi menjatuhkan Speaker Dewan. Beliau telah mencerobohi bidang kuasa Speaker. Ini merupakan satu lagi penghinaan terhadap Speaker dan Dewan Negeri Perak.

Hee Yit Fong telah melakukan kesalahan dalam usahanya mempengerusi dewan sewaktu Tuan Speaker masih menduduki kerusinya. Bukankah ini merupakan satu tindakan yang tidak senonoh dan keji?

Beliau cuba mewujudkan sub-dewan dalam dewan negeri yang mulia ini. Dia dan kuncu-kuncunya berkerumun di satu tempat dalam dewan dan terus cuba membuat usul untuk lucutkan Speaker dan perlantikan Speaker baru. Bagaimanakah kita boleh menganggap tindakan beliau itu adalah sah? Ia adalah menyalahi prinsip-prinsip demokrasi dan amalan-amalan konvensyen parlimen yang diterima pakai oleh semua negara-negara komenwel. Kalau ini dibenarkan, maka konsep sub-dewan ini akan wujud dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri yang lain. Bolehkah kita mengawalnya jika kita membenarkan ' duluan' seperti yang berlaku di Dewan negeri Perak? Dalam kata lain, jika di Perak boleh, maka ia boleh juga dibuat dalam dewan-dewan mulia yang lain.

Tambahan pula, mengikut Perintah-perintah Tetap 6(1), Tuan Speaker hendaklah mempengerusikan persidangan-persidangan Dewan dan dalam ketiadaannya, apabila diberitahu oleh Setiausaha Dewan, Dewan boleh memanggil mana-mana ahli mempengerusikan persidangan tersebut .........

Perintah-perintah Tetap jelas mengariskan bahawa selagi Tuan Speaker masih duduk ditempatnya dialah mejadi pengerusi. Hanya dalam ketiadaanya pihak lain boleh ditugaskan untuk membuat kerja-kerja Speaker.

Dalam kes ini, Speaker masih berada di tempat duduknya dari 9.45 pagi sehingga berlakunya insiden yang paling memalukan iaitu beliau diheret keluar dari tempat duduknya oleh pihak polis. Oleh yang demikian, tidak ada ruang untuk Hee Yit Foong untuk mengambilalih tugas Speaker walaupun untuk sedetik.

Sebagai kesimpulan, oleh kerana persidangan tidak dimulakan oleh Tuan Speaker dan Hee Yit Fong telah bertindak di luar bidang kuasanya maka usul perlucutan speaker dewan dan perlantikan speaker baru adalah tidak sah. Tambahan pula, kesemua usul-usul itu telah pun ditolak oleh Speaker dalam kamarnya sehari sebelum tarikh persidangan iaitu 6 Mei 2009.

Monday, May 4, 2009

7th May: Black Day for Malaysian..........

Imagine 7th May, and Malaysians from all walks of life, from Johore in the south right up to Perlis way up north, and our brothers and sisters in East Malaysia, at the train stations, bus stops, markets, offices, eating stalls, shopping malls, all dressed in black!

Imagine the youth, flash-mob style, turning fast food joints and shopping centres gloomy with their black attire!

Imagine the foreign and online media reporting how Malaysians turned out in full force throughout the country, all dressed in black wherever they were, to send a clear message to Najib and his cohorts in BN :

WE DO NOT APPROVE OF WHAT YOU HAVE DONE IN PERAK. RESTORE POWER BACK TO THE PEOPLE NOW OR BE PREPARED TO PAY DEARLY

I t will not take much for you to be a part of this effort. You do not have to give up a day at work. Heck go to work and get your colleagues to join you.

Make the effort now to call up at least 10 people you know and urge them to turn Malaysia black this 7th May.


sumber dari:anwaribrahimblog.com


Tiada Sangkut Paut DSI Anwar Ibrahim dengan Hala Tuju PAS....



Perdebatan berkenaan kewajaran pucuk pimpinan PAS Pusat dipertandingkan kelihatan semakin hangat diperbahaskan. Kesemua ini adalah kerana timbulnya isu `Kumpulan Erdogan' serta `Kerajaan Perpaduan' yang telah mula dimainkan oleh beberapa pihak di dalam PAS dan diperhangatkan lagi oleh `media-media haprak' yang seringkali bersikap seperti anjing kelaparan. Namun demikian, amat malang sekali beberapa pemimpin di dalam PAS kelihatannya seperti tidak menyedari betapa musuh-musuh mereka sentiasa mencari ruang untuk memusnahkan perpaduan yang ada di dalam PAS sejak sekian lama. Saya sejak awal lagi memberi pendapat bahawa jawatan Presiden PAS tidak wajar dipertandingkan kerana tiadanya keperluan untuk berbuat demikian.

Sekiranya PAS memerlukan beberapa pengisian untuk memantapkan arah tuju perjuangan mereka, adalah lebih wajar beberapa jawatan lain selaku pembantu kepada Presiden seperti Timbalan Presiden dan Naib Presiden dipertandingkan. Sekiranya ahli-ahli PAS berpendapat bahawa kepimpinan yang ada cukup untuk menjadikan PAS lebih kuat dan gagah untuk berhadapan dengan musuh-musuh mereka, maka tiada salahnya mereka mengekalkan kepimpinan yang ada. Proses menentukan kepimpinan di dalam PAS selalunya berakhir dengan baik, muhibbah dan penuh ukhwah. Inilah kelebihan sekiranya kaedah Islam diguna pakai bagi menentukan kepimpinan sesebuah jemaah.

Apa yang mendukacitakan saya ialah apabila AJK PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan cuba pula untuk mengaitkan DS Anwar di dalam kemelut PAS sekarang (Rujuk Akhbar Sinar Harian 04 Mei 2009).Beliau seolah-olah cuba untuk memberitahu beberapa pemimpin di dalam PAS bahawa tidak wajar semata-mata untuk menyalahkan Timbalan Presiden PAS sekarang, Ustaz Nasa berkenaan isu Kerajaan Perpaduan, sebaliknya DS Anwar juga patut turut dipersalahkan. Saya tidak faham mengapa begitu dangkal pemikiran AJK PAS Pusat tersebut. Beliau seharusnya faham bahawa perdebatan yang berlaku di antara Datuk Husam dan Hj Nik Amar adalah dari segi pandangan semata-mata berkaitan dengan hala tuju PAS akan datang. Mengapa pula tiba-tiba nama DS Anwar timbul di dalam polemik ini? Apakah DS Anwar selama ini memainkan peranan untuk mengubah dasar atau hala tuju PAS? Mustahil perkara ini berlaku di dalam PAS kerana pemimpin di dalam PAS bukan seperti `kerbau yang dicucuk hidung'.

Kita akui DS Anwar banyak memainkan peranan bagi menentukan hala tuju Pakatan Rakyat, itu pun secara muafakat dan persafahaman bersama pimpinan PR. Mana mungkin DS Anwar berupaya untuk menentukan hala tuju atau dasar parti-parti sekutu seperti PAS dan DAP. Oleh yang demikian, kurang bijak malah bersikap `nakal' jika Datuk Takiyuddin Hassan cuba untuk mengaitkan nama DS Anwar di dalam rumahtangga PAS. Apakah beliau beranggapan bahawa DS Anwar adalah orang Tn Guru Nik Aziz atau pun orang Tn Guru Hj Hadi? Saya beranggapan DS Anwar adalah penyokong kepada kepimpinan PAS bukan kepada individu tertentu di dalam PAS. Amat mendukacitakan apabila label `Kumpulan Erdogan' mulai laku di dalam pasaran menjelang pemilihan kepimpinan di dalam PAS. Sayang sekali, timbul kembali isu `Kerajaan Perpaduan' di dalam PAS meskipun Tn Guru Presiden sendiri telah memaklumkan bahawa tiada lagi Kerajaan Perpaduan apabila Najib dilantik sebagai PM.

Adalah menjadi harapan agar pemilihan di dalam PAS akan datang penuh dengan semangat demokrasi bertunjangkan Islam. Hapuskan segera sifat syak wasangka sesama pimpinan dan juga rakan seperjuangan. Hati rakan seperjuangan perlu dijaga apatah lagi mereka banyak membantu perjuangan kita bersama. Jangan kerana ingin menonjol dan bersuara untuk menampakkan kita adalah seorang pejuang yang tegas dan berani, maka kita pun bersuara tanpa memikirkan apakah kita bertindak dengan betul dan bijak.



kenyataan macam inilah punca meretakkan perhubungan pakatan rakyat.....kalau x puas hati jumpe jer...xperlu nk buat kenyataan media..poorah!!!!!!!!!!!!!!




Ustz Nasha....Ulamak atau Professional??

Meneliti Calon-calon Timbalan Presiden Sejak 2003


2003

Senator Ustaz Hassan Shukri

Dato’ Mustapha Ali



2005

Ust Hassan Shukri

Ust Nasharuddin Mat Isa

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman



2007

Ust Nasharuddin Mat Isa

Ust Harun Taib



Pertengahan 2002

Ust Fadzil Noor telah kembali kerahmatuLlah. Sejak itulah kekosongan jawatan Timbalan Presiden PAS telah dicari-cari setelah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang memangku jawatan Presiden.


Tahun 2003

Seperti sedia maklum, 3 tokoh telah diangkat untuk bertanding. Senator Ust Hassan Shukri, Prof Dr Haron Din & Dato’ Mustapha Ali. Tetapi pada hari pemilihan, Prof Dr Haron Din telah menarik diri. Maka pertembungan di antara Dato’ Mustapha Ali dengan Senator Hassan Shukri telah berlangsung.


Pada waktu tersebut, tiada kedengaran lagi suara-suara yang mengatakan ulama’ yang perlu menduduki jawatan timbalan presiden. Jika ada, pastinya Dato’ Mustapha Ali awal-awal lagi menarik diri, kerana beliau dilihat sebagai bukan ulama’.


Tahun 2005

Sudah mula suara-suara kedengaran perkataan Ulama’ vs Profesional. Senator Hassan Shukri dan Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman dilihar mewakili kelompok ulama’, manakala Ust Nasharuddin dilihat mewakili kelompok professional walaupun beliau sebenarnya berlatar belakangkan ulama’.


Tahun 2007

Seperti biasa, apabila hampir tiba Muktamar, perkataan Ulama’ vs Profesional kembali bergema. Entah mengapa, perkataan tersebut menjadi-menjadi pada pemilihan tersebut. Ust Harun Taib yang meninggalkan Dewan Ulama’, menawarkan diri untuk menjadi calon Timbalan Presiden bagi mewakili kelompok ulama’. Manakala Ust Nasharuddin mempertahankan jawatan dan sekali lagi dilihat mewakili professional


Tahun 2009

Perkataan Ulama’ vs Profesional, sekali lagi kedengaran. Calon-calon yang agak hangat sekarang ialah, Ust Nasharuddin, Dato Husam Musa dan Hj Mohammad Sabu. Entah macammmana, Ust Nasharuddin yang sejak tahun 2005 mewakili kelompok professional, tiba-tiba bertukar mewakili kelompok ulamak. Dato Husam pula yang dilihat mewakili golongan professional, manakala Hj Mohamad Sabu dilihat sebagai mewakili aktivis bawahan


Bagi aku, samada dia professional atau ulama’ atau mana-mana title sekalipun, yang penting kelayakkan adalah kriteria utama. Dan ini bertepatan dengan penegasan Allahyarham Ustaz Ustaz Fadzil Nor yang pernah mengatakan tidak semestinya lulusan agama menjadi Presiden PAS jika ada orang bukan lulusan agama lebih berkarisma dan berpegang teguh dengan konsep, dasar dan prinsip perjuangan PAS.


Jika presiden pun boleh dijawat oleh mana-mana pihak, inikan pula Timbalan Presiden.


Bertandinglah, tetapi jangan sampai menghina sesama sendiri. Kerajaan perpaduan yang hendak diteroka bukan hanya dengan UMNO, tetapi didalam parti sendiri pun mesti juga diteroka……


Saya merasakan, semua ini terjadi kerana adanya ‘suara-suara gelap’ yang sedar atau tidak sedar ingin menghancurkan parti…

Tetapkan Pendirian Parti..........

Kalau Padi Katakan Padi, Tidak Pakatan Rakyat Ternanti-nanti. Pas perlu nyatakan pendirian untuk bersama Pakatan terdahulu sebelum meneruskan perbincangan atau merisik khabar penyatuan bersama Umno.



Tiada siapa yang nak larang Pas bersatu bersama Umno kerana itu adalah bertujuan untuk penyatuan Melayu. (Hidup Melayu dan jangan lupa hunuskan kerisnya sekali) Nak bersatu pun bersatulah tetapi kenapa kepimpinan pas masih belum menntakan pendirian bersama dengan Pakatan Rakyat?

Sikap sebegini akan memprojekkan Pas sebagai sebuah parti yang suka main kayu tiga dan tikam belakang kawan sendiri dalam Pakatan.Kalau perasaan Pas bercelaru, jangan dibiarkan pakatan terus menjadi haru, tak keruan menunggu Pas jadi ke tidak birunya.

Kenapa kiri nak, kanan pun nak? Bersatu dengan umno bukan kerana Islam tetapi kerana Melayu. Kalau hasrat bersama Umno ditolak, mungkin peluang Pas bersama Pakatan masih ada kerana belum buat kata putus, bukan begitu? Sikap apakah ini? Nak pergi, pergilah dan jangan pulak terhegeh-hegeh nak kembali. Apa Pas fikir teman-teman di Pakatan ni tak ada perasaan atau tunggul kayu ke?

Kalau Pas nak kekal setia bersama kenapa Pas masih perlu nak cari teman sebantal yang lain. Apa yang jelas DAP dan Keadilan TIDAK akan bersama dengan Umno/BN dan jika Pas masih mahu berbincang dengan Umno lepaskan dulu pertalian dengan Pakatan. Nyatakan pendirian sejelas-jelasnya supaya senang rakan-rakan yang lain dalam Pakatan berkeputusan. Susah sangat ke nak nyatakan hemah dan pendirian PADI Pas supaya rakan Pakatan tidak payah tertampi-tampi. kalau di Terengganu dulu slogan yang diguna pakai "Pas Molek Doh Weh" bolehlah segera kami tukarkan kepada "Pas Pelik Doh Weh"

Kisah Seorang Muslim Dan Seorang Kafir..........

Seorang lelaki Inggeris yang bukan beragama Islam bawa sebuah buku islam ke dalam satu pub. Sedang dia membaca buku itu, seorang pemuda muslim yang sedang mabuk menegur.

"mana boleh bawa buku agama dalam pub"

jawab lelaki Inggeris itu

"kalau buku agama Islam tidak boleh bawa masuk dalam Pub, kenapa kamu beragama Islam boleh masuk dalam Pub??"

lelaki muslim itu senyap tersipu....





islam itu luas........meliputi semua cabang.......seorang muslim pon ader yg jahil serta melakukan perkara mungkar...seorang kafir pon ade yg mahu memahami islam................

Sunday, May 3, 2009

Warkah Buat Sahabat Lamaku.......

Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom,
Semoga Allah memberkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.

Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.

Wassalam.

Sahabat Lama;

TUAN IBRAHIM TUAN MAN.


insafla wahai kawan....kembali ke jalan yg benar......amin.........

Salor bakal Cipta Sejarah DUN Organik Pertama??

Salor, 3 Mei 2009. Kawasan Dewan Undangan Negeri Salor bakal menjadi DUN organik ulung di dunia. Begitulah hasrat yang terbuku di hati Ahli Dewan Undangan Negerinya, YB. Dato’ Haji Husam Musa yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato’ Haji Husam yang menyandang portfolia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri Kelantan melihat aktiviti pertanian secara organik mempunyai masa depan yang amat cerah kepada penduduk Salor selain daripada menjadikan Salor kawasan hijau yang dengan pencemaran yang minimum.

Berlandaskan matlamat Kebajikan dan Ekonomi, projek pertanian organik bagi DUN Salor ini diletakkan di bawah pertubuhan kebajikan SalorCare. SalorCare adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi oleh Dato’ Haji Husam sebagai platform untuk aktiviti kebajikan penduduk DUN tersebut.

Salorcare telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Sunnah Tani Sdn Bhd (STSB) bagi mengendalikan aktiviti pertanian organik tersebut. Menurut Sdr. Mohd Nuri Mat Yaakob, Pengarah Eksekutif STSB sebanyak 20 ekar telah diperuntukan di Tunjung bagi dijadikan zon penanaman padi SRI secara organik.

Tapak yang dikendalikan oleh STSB ini, selain bertujuan komersial, ia juga bermatlamat menjadi kawah ilmu bagi penduduk Salor belajar dan memahami kaedah pertanian secara organik.

“Penanaman padi SRI secara organik adalah satu daripada kitaran dalam pelan induk Salor DUN Organik yang dirancang Haji Husam”, kata Mohd. Nuri.

Kitaran tersebut melibatkan pemeliharaan kambing, lembu dan arnab secara organik dimana najis haiwan itu akan digunakan untuk menghasilkan baja organik secara teknik kompos dengan dicampur dari bahan sisa buangan domestik.

Bagi mengetahui lembih lanjut atau menyumbangkan kepakaran kepada projek ini, anda boleh hubungi Sdr. Mohd Nuri atau Sdr. Kamarulzaman Abdullah Pejabat DUN Salor atau di talian 09701 1604.